Make your own free website on Tripod.com

REHLAH TARBAWIYYAH

HOME | Mimbar | Siapa | Contact | Artikel | Tafsir | Tetamu | FOKUS

Dari Mimbar Jumaat

Antara Islah Dan Modernisme
17 Jun 2005

KHUTBAH PERTAMA

 

الحمد لله القائل

والذين جهدوا فينا لنهد ينهم سبلنا

اشهد ان لا اله الاالله وحده لا شريك له، واشهد ان محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على رسولك محمد وعلى اله وأصحابه اجمعين  ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين .

أما بعد!  فيا عباد الله اتقوا الله أوصيكم ونفسى بتقوى الله وطاعته  فقد  فاز من اتقى .

 

Sidang jemaah yang di rahmati Allah !

 

Saya mengajak diri saya dan hadhirin sekalian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah  s.w.t dengan terus mempertingkatkan keiltizaman  dan kepatuhan  terhadap titah perintah Allah  s.w.t, suruhan dan laranganNya.

 

Hendaklah kita sentiasa sedar bahawa jalan hidup kita ialah Islam, dan pegangan serta perlembagaan hidup kita ialah ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah  s.a.w.

 

Fahaman Islam yang kita bawa dalam hidup kita adalah berdasarkan fahaman Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan telahpun diikuti oleh para sahabat ridhuanullah ‘alaihim.  Bukan fahaman-fahaman  lain yang disogokkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam masyarakat Islam. Sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t dan kepada semua prinsip-prinsip (rukun) keimanan, kita mestilah peka dan awas agar kita tidak terjebak ke dalam aliran-aliran faham yang berlawanan /bercanggah dengan Islam. 

 

Satu daripadanya ialah :  Aliran Modenisasi; Iaitu satu pandangan hidup keduniaan yang mempertuhankan kemodenan (modernity).

 

Modenisasi sebenarnya mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang tersendiri.  Antara sifat-sifat utamanya adalah seperti berikut:

 

Pertama :  Modenisasi bersifat anti-agama, dan dari segi fikrah Islam, modenisasi menentang Deen, menentang syariat dan menentang sunnah Rasulullah s.a.w.  Bagi seorang modenis, agama dianggap sebagai lambang kekolotan, kemunduran, kebekuan (jumud) dan dianggap mengongkong, membelenggu dan membantutkan perkembangan manusia.

 

Kedua : Modenisasi juga bersifat ‘sekular’.  Menyingkirkan agama daripada kehidupan manusia atau daripada sebahagiannya.  Agama dijadikan perkara (urusan) individu sahaja dan bukan untuk kehidupan umat dan Negara.  Pemisahan itu telah melahirkan manusia yang melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan (perbuatan) bukan lagi kerana Allah , bukan lagi sebagai ibadah kepada Allah, tetapi semata-mata kerana kerja itu sendiri atau keraja tujuan-tujuan yang lain yang bersifat keduniaan.

 

Ketiga:  Modenisasi juga bersifat ‘humanis’.  Yakni manusia memilik,merancang, melaksanakan sesuatu dan manusialah yang menerima faedah daripada kegiatan hidup  manusia itu sendiri.  Fokus (tumpuan) utama kepada kegiatan hidup manusia di dunia ini sahaja.  Akibatnya manusia tidak lagi memperhambakan diri kepada Allah s.w.t, Pencipta alam ini, tetapi manusia memperhambakan diri  kepada sesama manusia atau sesama makhluk.  Akibatnya lagi manusia menafikan adanya alam ghaib dan perkara ghaib kerana semuanya itu tidak dapat  dikesan / dicapai oleh pancaindera dan rasional manusia (‘aqal dan logik ‘aqal manusia).

 

Keempat :  Modenisasi juga bersifat kebendaan (materialisme).  Ini merupakan suatu konsep yang menyifatkan bahawa perkara yang wujud ialah benda, tiada yang maujud melainkan benda.  Pandangan hidup seorang ‘materialis’ (orang yang berfaham kebendaan) itu hanya memberi keutamaan kepada kelazatan yang boleh dirasai dan dikecapi melalui pancaindera dan mental atau minda manusia sahaja.  Akibatnya seorang materialis sentiasa menolak perkara-perkara rohaniah dan nilai-nilai rohani atau sekurang-kurangnya mengabaikan perkara-perkara  rohaniah dan nilai-nilai rohani. Kejayaan dalam bidang sains diagung-agungkan.  Kuasa kehendak dan pentadbiran manusia dianggap sebagai kuasa yang dapat menakluki alam (dunia ) ini.

 

Kelima :  Modenisasi juga bersifat ‘free thinking’ yakni berfikiran bebas dan tidak mahu terikat kepada ‘authority’ atau kewibawaan seseorang yang disebut ‘free thinker’ itu tidak semestinya dia menafikan wujudnya Allah s.w.t tetapi dia tidak mahu terikat kepada penafsiran orang-orang yang ada ‘authority’ (wibawa).  Dalam Islam disebut tafsiran ulama’ muktabar. Bahkan mereka  berfikir sendiri dan membuat tafsiran sendiri mengikut kehendak hawa nafsu sendiri.   Akibatnya, tafsiran dan fatwa ulama’-ulama’ muktabar akan ditolak dan diperkecil-kecilkan atau tidak dihargai.

 

Tuan-tuan sidang Jumaat  hadirin sekalian. !

 

Di dalam sejarah, telah terbukti bahawa proses modenisasi di negeri-negeri / negara-negara Islam telah bermula apabila jatuhnya pemerintahan Khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1923 M.  Sejak itu proses modenisasi  menular dan merebak dimulai dengan pembaharuan dan permodenan  yang dilakukan oleh pemerintah pertama bagi Turki moden iaitu Mustafa Kamal Attartuk dan beliau dianggap sebagai reformis modenis yang  telah ternyata  hasil usahanya bukan sahaja  memisahkan agama daripada negara, bahkan lebih jauh daripada itu.  Apa yang dilakukan merupakan proses penghapusan Islam seluruhnya sebagai ‘aqidah dan syariat atau disebut juga sebagai proses ‘De Islamisasi’.

 

Tuan-tuan sidang Jumaat sekalian !.

 

Di dalam Islam ada konsep ‘Islah’ (اصلاح) tetapi bukan pembaharuan modenisasi ini.  Konsep Islah bererti berusaha memperbaiki keadaan umat Islam yang telah rosak dan menyeleweng (menyimpang) daripada ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.  Menyimpang daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara mengajak umat Islam itu kembali kepada  tahap umat Islam dalam generasi awal Islam dahulu, dibawah pimpinan  dan bimbingan  Rasulullah s.a.w.  Atau sekurang-kurangnya  menghampiri tahap dan keadaan generasi tersebut.  BUKAN mengubah ajaran agama atau Deen Islam itu untuk disesuaikan dengan zaman, tetapi manusialah dan umat ini mestilah mengikhlaskan diri mengubah diri untuk disesuaikan diri mereka dengan ajaran Islam yang  bersumberkan daripada al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

 

Menurut kacamata syara’, perubahan diri seseorang bermula dari dalam jiwa  barulah akan berlaku perubahan dan pengislahan  dalam kehidupan.  Ini bertepatan dengan Firman Allah s.w.t :

 

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَال

 

Bermaksud: “ Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. 

(Surah ar Rad : 11)

 

Kita dituntut untuk menjadi Musleh (مصلح)  atau reviver yang berusaha sedaya yang termampu untuk menghidupkan kembali  Ruh dan Deen Islam dikalangan umat ini dalam bentuk yang suci bersih daripada bid’ah (بدعة), khurafat (خرافات) dan sebarang bentuk penyelewengan.  Kita hanya dituntut berusaha  seupaya  mungkin menakala kejayaan dan hasilnya dipulangkan kepada Allah s.w.t.  Allah s.w.t  sahaja yang menentukan natijahnya.

 

Firman Allah s.w.t :

 

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنتُ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَى مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ إِنْ أُرِيدُ إِلاَّ الإِصْلاَحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيب

 

Bermaksud: “  Syu`aib berkata: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku daripada-Nya rezki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.    

(Surah Hud : 88)

بارك الله لي ولكم بالقران العظيم ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم وتقبل منى ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم .

 

KHUTBAH  KEDUA

 

الحمد لله القائل

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

Surah al An’am : 153.

 

اشهد ان لا اله الله وحده لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله اللهم صلى وسلم على رسولك محمد وعلى اله واصحابه اجمعين ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين .

 

أما بعد !  فيا عباد الله!  اتقوا الله اوصيكم  ونفسى بتقوى الله  واعلموا أن الله مع المتقين .

 

Sidang Jumaat  hadirin sekalian !.

 

Sekali lagi kita mengajak kepada memperteguhkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan  terus menerus iltizam dan patuh kepada titah perintah Allah , suruhan dan tegahanNya.

 

Sekali lagi kita diperingatkan Allah s.w.t  dalam firmanNya. (Seperti tersebut di atas)

 

Bermaksud:    dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.“  

(Surah al An’am : 153)

 

Berdasarkan kepada ayat tersebut jelaslah bahawa jalan yang benar dan lurus itu hanya satu sahaja iaitu jalan Allah,  manakala jalan-jalan  yang sesat, menyeleweng dan bathil  itu banyak dan bersimpang siur serta bengkang bengkok.  Seperti mana yang  telah diperjelaskan di dalam tafsir “صفوة التفاسير “ oleh As Syeikh Muhammad ‘Ali As Shabuni.

 

Musuh Islam ( اليهود و النصارى ) sudah lama merancang dan berusaha untuk menarik keluar  dan  memutuskan hubungan orang Islam dengan ajaran-ajaran islam dan sekaligus tunduk dan mengikut telunjuk mereka.  Hal ini telah lama diperingatkan oleh  Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.

 

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنْ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنْ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ نَصِير

Bermaksud:  "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. " 

(Surah al Baqarah : 120)

 

Maksudnya, apabila orang-orang Islam (orang-orang yang beriman) itu mengikut  telunjuk mereka, maka barulah mereka redha dan puashati.

 

Tuan-tuan hadirin sekalian !.

 

Sayugia disedari bahawa  serangan musuh-musuh Islam  bukan sahaja serangan ganas melalui senjata moden seperti yang telah termaklum berlaku  pada masa ini di Iraq dan Palestin bahkan ada satu lagi serangan yang amat berat kesan dan risikonya iaitu serangan dalam bentuk fikiran atau yang disebut  الغزو الفكرى    Yang boleh merosakkan aqidah dan ibadah serta pegangan dan nilai-nilai hidup umat Islam.

 

Oleh itu kita selaku orang Mukmin perlulah berhati-hati terhadap berbagai aliran pemikiran, samada yang  klasik ataupun yang moden agar kita tidak terjebak dan tidak terperangkap di dalam jaringan  aliran-aliran pemikiran yang menyesatkan dan merosakkan aqidah dan ibadah serta nilai hidup  hakiki umat Islam.   Kita mesti yakin bahawa Islam adalah Islam, Deen Allah s.w.t  tiada label Islam moden dan tiada label Islam kuno. Tiada Islam maju dan tiada Islam mundur.  Kerana Allah s.w.t telah menekankan dalam al Quran :

 

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلاَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلاَّ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمْ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

 

Bermaksud:  Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.” 

(Surah ali Imran : 19)

 

Islam itulah yang dibawa, disampaikan, didakwahkan, ditarbiyahkan (dididik) oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya.

 

Untuk selamat  di dunia dan di akhirat, maka kita tiada pilihan yang lain melainkan memilih Deen Islam dan kita perlu kembali kepada  Madrasah dan  didikan Rasulullah s.a.w.

 

Firman Allah s.w.t dalam surah al Ahzab : 21

 

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم .  بسم الله الر حمن الر حيم

 

َقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

ان الله  وملائكته يصلون على النبى ،  يأيها الذين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما، اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم تسليما كثيرا برحمتك يا أرحم الراحمين .

 

اللهم اغفر للمسلمين و المسلمات والمؤمنين والمؤمنات الآحياء منهم والاموات ، اللهم اغفرلنا ولوالدينا وارحمهما كما ربيانا صغيرا، ربنا لا تزغ قلو بنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لد نك رحمة  انك انت الوهاب ربنا اتنا فى الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة وقنا عذاب النار.

 

عباد الله!

 

ان الله يأمر بالعدل والاحسان وايتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي يعظكم لعلكم تذكرون   فاذكروا الله يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم واسألوا من فضله يعطكم ولذكر الله اكبر والله يعلم ما تصنعون .



Enter supporting content here

اجلس بنا نؤمن ساعة

Para mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal soleh dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.
 
Oleh itu menjadi satu keperluan untuk kita duduk bersama di dalam suasana tarbawi (yang mendidik) untuk kita beriman seketika (iaitu memperbaharui Iman)اجلس بنا نؤمن ساعة